Monday, September 28, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Michaelmas & Mooncake Celebration



Perayaan ulangtahun Sekolah St. Michael ke 120 dan Pesta Kuih bulan 2009 telah diadakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan PIBG. Program ini telah diadakan pada7.00 malam bersamaan dengan 26 September 2009 bertempat di perkarangan sekolah. Menurut pengetua dalam ucapannya, acara ini diadakan adalah untuk semua warga bersama-sama menikmati kuih bulan dan BBQ tetapi juga untuk menjalinkan dan membina perhubungan pintar antara guru, ibu bapa, pihak gereja dan bekas murid sekolah supaya satu komuniti prihatin dan komited kepada kemajuan St. Michael dapat diwujudkan. Pesta Kuih Bulan dan perayaan ulangtahun ini telah dimeriahkan dengan acara pertandingan Karaoke dan semua hadiah, makanan dan kuih bulan adalah disumbang oleh En. Ng Kwan Sang, Syarikat Novelty, Chung Fatt Bakery. Semua pelawat pada malam itu juga telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh ahli Bulan Sabit Merah.

Thursday, September 17, 2009

Sekolah mula cuti raya esok

PUTRAJAYA: Kabinet semalam bersetuju memberi cuti khas kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran, esok sempena Aidilfitri yang akan disambut sama ada pada Ahad atau Isnin ini. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata serentak itu, Surat Siaran Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Aidilfitri 1430 Hijrah sebelum ini adalah dibatalkan. 

"Kerajaan amat prihatin mengenai kesulitan yang dihadapi oleh rakyat terutama pada musim perayaan. Oleh itu keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan ketika bercuti di kampung halaman masing-masing bagi mengelak kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.


Petikan Berita daripada www.bharian.com.my

Guru DG41 rugi akibat 'time based'

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

KESATUAN Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mendakwa kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) secara 'time based' dari DG41 ke DG44 hanya menguntungkan sebilangan kecil pegawai peringkat berkenaan.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata akibat pelaksanaan bersifat terpilih itu, ramai PPPS DG41, DG44 dan DG48 yang dulunya pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) mengalami kerugian dari segi kekananan perkhidmatan.

“Kaedah pelaksanaan terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian besar PPPS yang tidak terbabit dengan kenaikan pangkat secara ‘time based’ dari DG41 ke DG44.

“Selain itu, mereka juga rugi dari segi kedudukan dalam perkhidmatan, ditambah pula dengan bilangan ramai dilantik ke Gred DG44 melalui pelbagai laluan kerjaya PPPS,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Bagi memberi keadilan kepada semua warga pendidik dan mengatasi rasa tidak puas hati mereka, pihaknya mencadangkan pemberian tiga tahun pengalaman PPPLD bersamaan satu tahun bagi mereka di Gred DG41.

Pemberian maksimum tiga tahun pengalaman PPPS pula, katanya, diberikan kepada semua guru terbabit.

Sambil menjelaskan pengalaman di Gred PPPS itu juga diiktiraf sebagai kekananan pegawai berkenaan, bukan saja untuk kenaikan pangkat, beliau berkata:

“Dalam hal ini, pengumuman kenaikan pangkat guru melalui laluan kerjaya PPPS dari DG41 ke DG44 dengan mengambil kira pengalaman tahun lalu melegakan sebahagian pegawai terbabit.

“Bagaimanapun, faedahnya hanya dinikmati segelintir pihak dan ini mencerminkan pelaksanaannya seolah-olah tidak dirancang dengan teliti.

“Selain pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Melaka, perkara ini terkandung dalam minit mesyuarat wakil kesatuan guru dengan Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 8 Mei 2008 dan 25 Ogos 2008,” katanya.

Wednesday, September 9, 2009

UJIAN EXCEL & UJIAN SETARA


SM. St. Michael akan melaksanakan ujian setara bulan September dan ujian Excel 22 September 2009 sehingga 15 September 2009. Ujian setara ini melibatkan semua pelajar dari Tingkatan Peralihan sehingga ke tingkatan 4 manakala ujian EXCEL pula melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Monday, September 7, 2009

Program Motivasi / Kerjaya & Sukaneka Anjuran Persatuan Kadazandusun SM. St. Michael




Pada 5 September 2009 satuProgram Motivasi / Kerjaya & Sukaneka Anjuran Persatuan Kadazandusun SM. St. Michael telah diadakan di Dewan SM. St. Michael pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Sasaran program ini adalah semua murid KADUS dan seramai 60 orang murid telah menghadiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan SM. St. Michael iaitu En. Leong Kwok Cheong.

Antara aturcara untuk program ini ialah ceramah motivasi oleh Datuk Ambrose John Juin iaitu Presiden Persatuan Kadazandusun Sandakan dan Encik Eidelis Edwin Bajau yang merupakan Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Sabah. Selain itu, majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan sukaneka. Pelajar KADUS juga diberikan peluang untuk sesi berdialog dengan para penceramah jemputan serta bergambar bersama-sama mereka dalam sesi bergambar.

Para pelajar KADUS bersedia untuk sesi sukaneka selepas menjamu selera untuk makan petang.

Wednesday, September 2, 2009

Pelancaran Minggu Bestari SM. St. Michael

Ucapan perasmian oleh Pengetua Kanan En. Leong Kwok Cheong

Nyanyian lagu Sekolah Bestari 'Jiwa dan Minda' oleh guru-guru SM. St. Michael


Murid menyanyikan lagu 'Jiwa dan Minda'



Banner Minggu Bestari



Perasmian Minggu Bestari oleh Pengetua Kanan SM. St. Michael



Minggu Bestari SM. St. Michael telah berjaya dirasmikan pada 1 September 2009 jam 6.45 pagi bertempat di Dewan Gereja St. Michael. Perasmian Minggu Bestari disempurnakan oleh En. Leong Kwok Cheong, Pengetua Kanan SM. St. Michael Sandakan.


Atur cara majlis pelancaran Minggu Bestari dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu sekolah. Selepas itu, majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu sekolah bestari iaitu ‘Jiwa dan Minda’.


Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua Kanan SM. St. Michael, En. Leong Kwok Cheong dan selepas itu Banner Minggu Bestari menandakan Minggu Bestari telah dilancarkan.