Friday, October 23, 2009

Digital Story Telling (DST)

Sempena dengan perlaksanaan Program Intervensi PMR, satu program Digital Story Telling (DST) telah dijalankan untuk pelajar dari tingkatan 3A semejak 21 Oktober 2009 dan hasil video akan dipersembahkan pada 28 Oktober 2009. Pada awalnya pelajar didedahkan dengan cara penghasilan video sendiri dan pelajar diberikan peluang menulis skrip, berlakon dan edit video sendiri.

Tuesday, October 6, 2009

Blog untuk pendidikan



MASAKINI blog adalah satu perkara yang lumrah. Bagi guru-guru juga, mempunyai sebuah blog sudah semacam satu perkara yang baik dan perlu. Ini kerana melalui blog guru, pelbagai teknik P&P berasaskan internet boleh dilakukan.
Bagi membangunkan blog, terdapat dua perkhidmatan blog pendidikan yang sesuai untuk guru-guru dan pelajar, iaitu:
1. edublogs.org

2. www.21classes.com


Kedua-dua blog ini adalah percuma. Kedua-duanya sesuai untuk guru dan pelajar.

Monday, October 5, 2009

Online Video


VIDEO mempunyai keistimewaan tersendiri dalam pendidikan. Jika digunakan secara kreatif, ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan kagi kesan pembelajaran di kalangan pelajar. Malah jika direnungkan secara mendalam, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan yang lebih mendalam dan tekal. Saya masih ingat wayang Enam Jahanam oleh Tan Sri P. Ramlee walaupun hanya dua kali saya menontonnya. Kedua-duanya saya tonton semasa kecil.
Salah satu kebaikan yang jelas bagi penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sifatnya yang dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, grafik, teks dan sebagainya. Ini secara langsung dapat mempertingkatkan kesan pembelajaran kerana ia melibatkan pelbagai deria murid.
Terdapat beberapa portal yang menyediakan video yang boleh digunakan di dalam kelas:

1. EduWebTV
2. Student Tube
3. Teachers Tube
4. Schoool Tube
Bagaimanapun terdapat juga banyak bahan pendidikan boleh diambil di Youtube.

Web 2.0 Tools in Your Classroom

Saturday, October 3, 2009

Doa & Solat Hajat Untuk Pelajar PMR & SPM


Upacara Doa dan solat hajat yang diadakan untuk pelajar-pelajar SM. St. Michael yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2009 semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Upacara ini diadakan pada jam 6.45 pagi hingga 7.55 pagi pada 2 Oktober 2009. Untuk pelajar beragama Islam upacara solat hajat diadakan di Dewan Serbaguna SM. St. Michael. Manakala untuk pelajar bukan Islam pula, ditempatkan di Gereja St. Michael yang bersebelahan dengan sekolah.