Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Kepada semua muslim yang akan menyambut Hari Raya Qurban pada 27 November 2009, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban.

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bermula dari 21 November 2009 ke 3 Januari 2010. Kepada semua warga SM. St. Michael selamat bercuti dan untuk mereka yang sedang mengambil SPM selamat menjalani peperiksaan SPM. GOOD LUCK!

Wednesday, November 18, 2009

SPM 2009



Semua murid tingkatan lima akan mula mengambil peperiksaan awam iaitu SPM bermula pada 18 November 2009 sehingga ke 16 Disember 2009. Semoga berjaya mendapat semua murid keputusan yang cemerlang!!!

Monday, November 16, 2009

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff 2009


Kelab Guru dan Staff SM. St. Michael telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff bertempat di Restoran Ming, Hotel Sabah pada 14 November 2009 pada jam 7.00 Malam. Tema untuk jamuan pada malam ini ialah Malam Santai. Semua guru dan staff tiba pada malam ini telah dihidangkan makan malam dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Terdapat sebanyak lebih daripada 70 hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Antara hadiahnya ialah hamper, alat elektrik, pakaian dan sebagainya. Majlis pada malam ini telah bersurai pada jam 10.00 malam.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen

Pada 14 November 2009, SM. St. Michael telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen bertempat di Dewan Gereja St. Michael. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datu Thomas Lau Chi Keong. Majlis anugerah pada tahun ini julung kali diadakan dengan acara penyampaian sijil kepada pelajar tingkatan 5 dengan berpakaian jubah. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar Kelab Tarian serta Persatuan Bahasa Cina. Majlis pada hari ini telah bersurai dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa.

Monday, November 9, 2009

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas







Badan Pengawas SM. St. Michael telah mengadakan satu jamuan akhir tahun pada 9 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna SM. St. Michael. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada ketua pelajar iaitu Lee Pei Nee dan kemudian ucapan daripada Pengetua Kanan iaitu Encik Leong Kwok Cheong.
Sebagai tanda penghargaan, Pengawas daripada Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 diberikan hadiah oleh badan pengawas. Selepas upacara penyampaian hadiah, majlis diakhiri dengan jamuan selera dihidangkan kepada semua yang hadir.

Monday, November 2, 2009

Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia







Satu majlis penutupan Kem Membaca 1 Malaysia anjuran Bidang Bahasa dan Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Encik Leong Kwok Cheong, Pengetua Kanan SM. St. Michael. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang kem tersebut adalah
i. pertandingan membaca buku terbanyak
ii. Pertandingan nyanyian
iii. Anugerah NILAM
iv. Nyanyian lagu rasmi Kem Membaca iaitu MEMBACA GAYA WARISAN
dan aktiviti-aktiviti lain.