Tuesday, December 22, 2009

Michaelean Court



SM. St. Michael sedang menjalankan satu perubahan iaitu pembinaan kantin baru yang akan dinamakan sebagai Michaelean Court. Kantin baru ini akan ditempatkan di Dataran Elton. Michaelean court dijangka akan disiapkan pada Jun 2010. berikut merupakan beberapa gambar ilustrasi Michaelean Court tersebut.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Kepada semua muslim yang akan menyambut Hari Raya Qurban pada 27 November 2009, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban.

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah bermula dari 21 November 2009 ke 3 Januari 2010. Kepada semua warga SM. St. Michael selamat bercuti dan untuk mereka yang sedang mengambil SPM selamat menjalani peperiksaan SPM. GOOD LUCK!

Wednesday, November 18, 2009

SPM 2009



Semua murid tingkatan lima akan mula mengambil peperiksaan awam iaitu SPM bermula pada 18 November 2009 sehingga ke 16 Disember 2009. Semoga berjaya mendapat semua murid keputusan yang cemerlang!!!

Monday, November 16, 2009

Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff 2009


Kelab Guru dan Staff SM. St. Michael telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staff bertempat di Restoran Ming, Hotel Sabah pada 14 November 2009 pada jam 7.00 Malam. Tema untuk jamuan pada malam ini ialah Malam Santai. Semua guru dan staff tiba pada malam ini telah dihidangkan makan malam dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Terdapat sebanyak lebih daripada 70 hadiah disediakan untuk cabutan bertuah. Antara hadiahnya ialah hamper, alat elektrik, pakaian dan sebagainya. Majlis pada malam ini telah bersurai pada jam 10.00 malam.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen

Pada 14 November 2009, SM. St. Michael telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen bertempat di Dewan Gereja St. Michael. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datu Thomas Lau Chi Keong. Majlis anugerah pada tahun ini julung kali diadakan dengan acara penyampaian sijil kepada pelajar tingkatan 5 dengan berpakaian jubah. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar Kelab Tarian serta Persatuan Bahasa Cina. Majlis pada hari ini telah bersurai dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa.

Monday, November 9, 2009

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas







Badan Pengawas SM. St. Michael telah mengadakan satu jamuan akhir tahun pada 9 November 2009 bertempat di Dewan Serbaguna SM. St. Michael. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada ketua pelajar iaitu Lee Pei Nee dan kemudian ucapan daripada Pengetua Kanan iaitu Encik Leong Kwok Cheong.
Sebagai tanda penghargaan, Pengawas daripada Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 diberikan hadiah oleh badan pengawas. Selepas upacara penyampaian hadiah, majlis diakhiri dengan jamuan selera dihidangkan kepada semua yang hadir.

Monday, November 2, 2009

Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia







Satu majlis penutupan Kem Membaca 1 Malaysia anjuran Bidang Bahasa dan Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Encik Leong Kwok Cheong, Pengetua Kanan SM. St. Michael. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang kem tersebut adalah
i. pertandingan membaca buku terbanyak
ii. Pertandingan nyanyian
iii. Anugerah NILAM
iv. Nyanyian lagu rasmi Kem Membaca iaitu MEMBACA GAYA WARISAN
dan aktiviti-aktiviti lain.

Friday, October 23, 2009

Digital Story Telling (DST)

Sempena dengan perlaksanaan Program Intervensi PMR, satu program Digital Story Telling (DST) telah dijalankan untuk pelajar dari tingkatan 3A semejak 21 Oktober 2009 dan hasil video akan dipersembahkan pada 28 Oktober 2009. Pada awalnya pelajar didedahkan dengan cara penghasilan video sendiri dan pelajar diberikan peluang menulis skrip, berlakon dan edit video sendiri.

Tuesday, October 6, 2009

Blog untuk pendidikan



MASAKINI blog adalah satu perkara yang lumrah. Bagi guru-guru juga, mempunyai sebuah blog sudah semacam satu perkara yang baik dan perlu. Ini kerana melalui blog guru, pelbagai teknik P&P berasaskan internet boleh dilakukan.
Bagi membangunkan blog, terdapat dua perkhidmatan blog pendidikan yang sesuai untuk guru-guru dan pelajar, iaitu:
1. edublogs.org

2. www.21classes.com


Kedua-dua blog ini adalah percuma. Kedua-duanya sesuai untuk guru dan pelajar.

Monday, October 5, 2009

Online Video


VIDEO mempunyai keistimewaan tersendiri dalam pendidikan. Jika digunakan secara kreatif, ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan kagi kesan pembelajaran di kalangan pelajar. Malah jika direnungkan secara mendalam, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan kesan yang lebih mendalam dan tekal. Saya masih ingat wayang Enam Jahanam oleh Tan Sri P. Ramlee walaupun hanya dua kali saya menontonnya. Kedua-duanya saya tonton semasa kecil.
Salah satu kebaikan yang jelas bagi penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sifatnya yang dinamik hasil jalinan pelbagai media seperti audio, grafik, teks dan sebagainya. Ini secara langsung dapat mempertingkatkan kesan pembelajaran kerana ia melibatkan pelbagai deria murid.
Terdapat beberapa portal yang menyediakan video yang boleh digunakan di dalam kelas:

1. EduWebTV
2. Student Tube
3. Teachers Tube
4. Schoool Tube
Bagaimanapun terdapat juga banyak bahan pendidikan boleh diambil di Youtube.

Web 2.0 Tools in Your Classroom

Saturday, October 3, 2009

Doa & Solat Hajat Untuk Pelajar PMR & SPM


Upacara Doa dan solat hajat yang diadakan untuk pelajar-pelajar SM. St. Michael yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2009 semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Upacara ini diadakan pada jam 6.45 pagi hingga 7.55 pagi pada 2 Oktober 2009. Untuk pelajar beragama Islam upacara solat hajat diadakan di Dewan Serbaguna SM. St. Michael. Manakala untuk pelajar bukan Islam pula, ditempatkan di Gereja St. Michael yang bersebelahan dengan sekolah.

Monday, September 28, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Michaelmas & Mooncake Celebration



Perayaan ulangtahun Sekolah St. Michael ke 120 dan Pesta Kuih bulan 2009 telah diadakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan PIBG. Program ini telah diadakan pada7.00 malam bersamaan dengan 26 September 2009 bertempat di perkarangan sekolah. Menurut pengetua dalam ucapannya, acara ini diadakan adalah untuk semua warga bersama-sama menikmati kuih bulan dan BBQ tetapi juga untuk menjalinkan dan membina perhubungan pintar antara guru, ibu bapa, pihak gereja dan bekas murid sekolah supaya satu komuniti prihatin dan komited kepada kemajuan St. Michael dapat diwujudkan. Pesta Kuih Bulan dan perayaan ulangtahun ini telah dimeriahkan dengan acara pertandingan Karaoke dan semua hadiah, makanan dan kuih bulan adalah disumbang oleh En. Ng Kwan Sang, Syarikat Novelty, Chung Fatt Bakery. Semua pelawat pada malam itu juga telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh ahli Bulan Sabit Merah.

Thursday, September 17, 2009

Sekolah mula cuti raya esok

PUTRAJAYA: Kabinet semalam bersetuju memberi cuti khas kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran, esok sempena Aidilfitri yang akan disambut sama ada pada Ahad atau Isnin ini. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata serentak itu, Surat Siaran Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Aidilfitri 1430 Hijrah sebelum ini adalah dibatalkan. 

"Kerajaan amat prihatin mengenai kesulitan yang dihadapi oleh rakyat terutama pada musim perayaan. Oleh itu keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan ketika bercuti di kampung halaman masing-masing bagi mengelak kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.


Petikan Berita daripada www.bharian.com.my

Guru DG41 rugi akibat 'time based'

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

KESATUAN Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mendakwa kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) secara 'time based' dari DG41 ke DG44 hanya menguntungkan sebilangan kecil pegawai peringkat berkenaan.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata akibat pelaksanaan bersifat terpilih itu, ramai PPPS DG41, DG44 dan DG48 yang dulunya pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) mengalami kerugian dari segi kekananan perkhidmatan.

“Kaedah pelaksanaan terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian besar PPPS yang tidak terbabit dengan kenaikan pangkat secara ‘time based’ dari DG41 ke DG44.

“Selain itu, mereka juga rugi dari segi kedudukan dalam perkhidmatan, ditambah pula dengan bilangan ramai dilantik ke Gred DG44 melalui pelbagai laluan kerjaya PPPS,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Bagi memberi keadilan kepada semua warga pendidik dan mengatasi rasa tidak puas hati mereka, pihaknya mencadangkan pemberian tiga tahun pengalaman PPPLD bersamaan satu tahun bagi mereka di Gred DG41.

Pemberian maksimum tiga tahun pengalaman PPPS pula, katanya, diberikan kepada semua guru terbabit.

Sambil menjelaskan pengalaman di Gred PPPS itu juga diiktiraf sebagai kekananan pegawai berkenaan, bukan saja untuk kenaikan pangkat, beliau berkata:

“Dalam hal ini, pengumuman kenaikan pangkat guru melalui laluan kerjaya PPPS dari DG41 ke DG44 dengan mengambil kira pengalaman tahun lalu melegakan sebahagian pegawai terbabit.

“Bagaimanapun, faedahnya hanya dinikmati segelintir pihak dan ini mencerminkan pelaksanaannya seolah-olah tidak dirancang dengan teliti.

“Selain pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Melaka, perkara ini terkandung dalam minit mesyuarat wakil kesatuan guru dengan Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 8 Mei 2008 dan 25 Ogos 2008,” katanya.

Wednesday, September 9, 2009

UJIAN EXCEL & UJIAN SETARA


SM. St. Michael akan melaksanakan ujian setara bulan September dan ujian Excel 22 September 2009 sehingga 15 September 2009. Ujian setara ini melibatkan semua pelajar dari Tingkatan Peralihan sehingga ke tingkatan 4 manakala ujian EXCEL pula melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Monday, September 7, 2009

Program Motivasi / Kerjaya & Sukaneka Anjuran Persatuan Kadazandusun SM. St. Michael




Pada 5 September 2009 satuProgram Motivasi / Kerjaya & Sukaneka Anjuran Persatuan Kadazandusun SM. St. Michael telah diadakan di Dewan SM. St. Michael pada jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Sasaran program ini adalah semua murid KADUS dan seramai 60 orang murid telah menghadiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan SM. St. Michael iaitu En. Leong Kwok Cheong.

Antara aturcara untuk program ini ialah ceramah motivasi oleh Datuk Ambrose John Juin iaitu Presiden Persatuan Kadazandusun Sandakan dan Encik Eidelis Edwin Bajau yang merupakan Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Sabah. Selain itu, majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan sukaneka. Pelajar KADUS juga diberikan peluang untuk sesi berdialog dengan para penceramah jemputan serta bergambar bersama-sama mereka dalam sesi bergambar.

Para pelajar KADUS bersedia untuk sesi sukaneka selepas menjamu selera untuk makan petang.

Wednesday, September 2, 2009

Pelancaran Minggu Bestari SM. St. Michael

Ucapan perasmian oleh Pengetua Kanan En. Leong Kwok Cheong

Nyanyian lagu Sekolah Bestari 'Jiwa dan Minda' oleh guru-guru SM. St. Michael


Murid menyanyikan lagu 'Jiwa dan Minda'



Banner Minggu Bestari



Perasmian Minggu Bestari oleh Pengetua Kanan SM. St. Michael



Minggu Bestari SM. St. Michael telah berjaya dirasmikan pada 1 September 2009 jam 6.45 pagi bertempat di Dewan Gereja St. Michael. Perasmian Minggu Bestari disempurnakan oleh En. Leong Kwok Cheong, Pengetua Kanan SM. St. Michael Sandakan.


Atur cara majlis pelancaran Minggu Bestari dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu sekolah. Selepas itu, majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu sekolah bestari iaitu ‘Jiwa dan Minda’.


Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengetua Kanan SM. St. Michael, En. Leong Kwok Cheong dan selepas itu Banner Minggu Bestari menandakan Minggu Bestari telah dilancarkan.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa & Selamat Bercuti

Kepada semua warga SM. St. Michael 'SELAMAT BERCUTI' dan 'SELAMAT BERPUASA' untuk warga beragama Islam

Tuesday, August 18, 2009

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat SM. St. Michael 2009

Laungan Merdeka diketuai oleh En. Junaid Rahman
Perutusan Khas Tuan Pengetua Kanan, En. Leong Kwok Cheong

Nyanyian Lagu Patriotik- Satu Malaysia

Upacara menaikan bendera

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 berjaya diadakan pada 17 Ogos 2009 (Isnin) di Dewan Gereja St. Michael. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua Kanan SM. St. Michael, En. Leong Kwok Cheong bermula jam 6.45 pagi.

Atur cara majlis itu bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, lagu sekolah dan diikuti dengan doa selamat yang dibaca oleh wakil pelajar. Selepas itu, bacaan ikrar hari kemerdekaan oleh semua pelajar yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Lee Pei Nee. Majlis itu dimeriahkan oleh nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua pelajar dengan penuh semangat. Perutusan khas oleh tuan pengetua menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh semua yang mengandungi mesej yang sangat berguna kepada pelajar.

Akhir sekali, laungan kemerdekaan sebanyak 5 kali diketuai oleh En. Junaid Rahman mengakhiri majlis tersebut tepat jam 7.30 pagi. Sesungguhnya majlis itu dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 bertemakan 'SATU MALAYSIA'.

Monday, August 17, 2009

Mesyuarat PIBG SM. St. Michael Kali Pertama


Mesyuarat PIBG SM. St. Michael kali pertama telah diadakan pada 16 Ogos 2009 (Ahad). Agenda yang telah dibincangkan ialah pembentukan biro-biro yang akan memegang jawatan dari tahun 2009-2011. Antaranya Biro Akademik, Biro Kokurikulum, Biro Keceriaan, Kebersihan & Kesihatan, Biro Bantuan & Kebajikan, Biro Bina Insan/ Moral dan Biro Publisiti & Dokumentasi. Mesyuarat juga membincang dan meluluskan perbelanjaan bagi projek pembangunan sekolah serta senarai kutipan PIBG yang akan dilaksanakan mulai tahun 2010. Bagi merapatkan hubungan silaturahim guru& ibu bapa, beberapa aktiviti telah dirancang seperti Hari Keluarga, Perayaan Kuih Bulan dan Ulangtahun sekolah ke 122.

Influenza A (H1N1)- Tanda dan gejalanya

  • Demam kuat melebihi 38 darjah celcius
  • Sakit Tekak
  • sakit kepala
  • letih dan lesu
  • sakit-sakit badan
  • batuk teruk dan tidak berkahak pada peringkat awal.
Peringatan: Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, sila berjumpa doktor segera!


Friday, August 14, 2009

Blog SM. St. Michael.....

Semua warga SM. St. Michael Sandakan adalah sangat dialu-alukan untuk memberikan pendapat dan pandangan bernas untuk membestarikan blog ini! Terima Kasih