Tuesday, August 18, 2009

Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat SM. St. Michael 2009

Laungan Merdeka diketuai oleh En. Junaid Rahman
Perutusan Khas Tuan Pengetua Kanan, En. Leong Kwok Cheong

Nyanyian Lagu Patriotik- Satu Malaysia

Upacara menaikan bendera

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 berjaya diadakan pada 17 Ogos 2009 (Isnin) di Dewan Gereja St. Michael. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua Kanan SM. St. Michael, En. Leong Kwok Cheong bermula jam 6.45 pagi.

Atur cara majlis itu bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku, lagu sekolah dan diikuti dengan doa selamat yang dibaca oleh wakil pelajar. Selepas itu, bacaan ikrar hari kemerdekaan oleh semua pelajar yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Lee Pei Nee. Majlis itu dimeriahkan oleh nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua pelajar dengan penuh semangat. Perutusan khas oleh tuan pengetua menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh semua yang mengandungi mesej yang sangat berguna kepada pelajar.

Akhir sekali, laungan kemerdekaan sebanyak 5 kali diketuai oleh En. Junaid Rahman mengakhiri majlis tersebut tepat jam 7.30 pagi. Sesungguhnya majlis itu dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 bertemakan 'SATU MALAYSIA'.

No comments:

Post a Comment