Thursday, September 17, 2009

Sekolah mula cuti raya esok

PUTRAJAYA: Kabinet semalam bersetuju memberi cuti khas kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran, esok sempena Aidilfitri yang akan disambut sama ada pada Ahad atau Isnin ini. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata serentak itu, Surat Siaran Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Aidilfitri 1430 Hijrah sebelum ini adalah dibatalkan. 

"Kerajaan amat prihatin mengenai kesulitan yang dihadapi oleh rakyat terutama pada musim perayaan. Oleh itu keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan ketika bercuti di kampung halaman masing-masing bagi mengelak kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.


Petikan Berita daripada www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment