Wednesday, January 20, 2010

Penggunaan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif utama kami dalam penggunaan laman web ialah untuk menyediakan keupayaan kepada pensyarah menjadi facilitator pembelajaran yang efektif dan mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih innovatif dan kreatif dalam pembelajaran. Selain daripada penyediaan bahan-bahan kuliah dan tutorial dan penyampaian kuliah berasaskan atau melalui laman web, pensyarah juga dapat menggalakkan pelajar mencari ilmu, melibatkan diri dalam perbincangan akademik serta menyumbang ilmu di dunia cyber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkan bukan hanya graduan yang akan menjadi pekerja ilmu (knowledge workers) dan cerdik IT tetapi juga berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran dalam dunia era informasi.

Di PBP, teknologi laman web digunakan dengan luas untuk urusan-urusan utama seperti berikut :

Nota Kuliah, Tutorial dan bahan pengajaran - Kebanyakan pensyarah mengguna laman web untuk menerbitkan nota kuliah. Cara ini adalah yang paling mudah untuk pensyarah melangkah ke dunia cyber. Nota-nota kuliah yang sediada dalam format pemerosesan kata boleh dipindah ke format web (html) tanpa perlu kemahiran pengaturcaraan komputer. Beberapa pensyarah yang telah sediakan kuliah dalam Powerpoint juga telah pindah bahan berkenaan kepada format web. Tutorial-tutorial khas juga telah disediakan untuk pengajaran CAD, GIS, kaedah kuantitatif dan kejuruteraan. Laman web juga digunakan sebagai media komunikasi sepanjang semester untuk memberitahu pelajar tentang kehendak projek, jadualwaktu dan perbincangan akademik. Senarai kursus-kursus yang mengguna laman web telah disediakan untuk memudahkan pencarian oleh pelajar.
Laporan Elektronik - Penyediaan laporan dalam bentuk elektronik sebenarnya telah lama berlaku di PBP termasuk penyerahan laporan dan tugasan dalam berbagai bentuk dengan diskette. Kini pelajar PBP diberi peluang untuk menulis dan seterusnya serahkan laporan mereka ke HBP Server dengan mengguna teknologi laman web juga kerana kemahiran menulis dan menerbit secara elektronik amat penting untuk generasi pekerja masa depan. Contoh kerja pelajar boleh dilihat di http://w2.hbp.usm.my/
"Electronic Dropboxes" - Selain penerbitan terus ke HBP Web, kotak elektronik juga telah disediakan di HBP Server untuk penyerahan tugasan oleh pelajar dengan FTP (File Transfer Protocol). Tugasan itu mungkin dalam bentuk laporan atau pun projek pangkalan data, CAD, GIS dan lain-lain.
Kongsi Sumber - Hasil projek pelajar (serta pensyarah) termasuk CAD, GIS dan Pengkalan Data serta laporan-laporan boleh diperolehi dari HBP Web Server. Diharapkan hasil projek ini boleh dipertingkatkan lagi oleh pelajar masa depan sehingga tahap yang cemerlang dan mantap. Pangkalan kamus elektronik yang disediakan dibawah projek penyelidikan jangka pendek USM boleh diperolehi oleh semua melalui laman KAiSEL.
Forum Elektronik - HBP Forum telah diguna oleh kursus undang-undang perancangan sebagai sesuatu media untuk membawa innovasi kepada pembelajaran. Perbincangan yang dijalankan di Forum tersebut akan dapat membuka pandangan pelajar terhadap isu-isu dan pendirian yang mungkin bertentangan.
Maklumbalas - Sebagai suatu pertubuhan yang peka kepada kehendak dan pandangan "pelanggannya", PBP telah sediakan kemudahan untuk mendapat maklumbalas, terutamanya daripada pelajar. Penerangan dapat diberi terhadap keraguan berkaitan dengan kaedah dan objektif kursus atau projek.
Belajar Teknologi Web di Laman Web HBP - Satu lagi innovasi di HBP Web ialah pelawat boleh belajar bagaimana mereka sediakan suatu laman web yang serupa. Kelebihannya ialah pelawat dapat lihat bagaimana sesuatu kemudahan itu sebenarnya berfungsi manakala buku tercetak dapat menerangkan sahaja.
Penyeliaan Tesis Ijazah Tinggi - Penyeliaan pelajar ijazah tinggi secara edaran dan ulasan draf tesis melalui email telah berlaku sejak dua tahun yang lalu. Penyeliaan cyber di PBP kini melangkah ke arena web. Tiga pelajar ijazah tinggi telah mulakan laman web terhad (Thesis restricted web) untuk tujuan berkomunikasi dengan penyelia serta berkongsi maklumat di antara mereka. Apabila tesis siap nanti, ia akan terus diterbitkan sebagai bahan rujukan untuk pembacaan umum. Seorang staf akademik PBP yang kini dalam peringkat akhir menulis semula bab akhir tesis Ph.D. selepas peperiksaan akhir juga sedang berusaha menerbitkan pindaan-pindaan di laman web terhad SpaceTime. Penyelia beliau akan dapat membaca dan memberi maklumbalas dari United Kingdom melalui Internet.
Laman Web Berasaskan Pangkalan Data (Database Drive Web) - Suatu pangkalan data berpusat telah dibangunkan mengandungi rekod staf dan pelajar yang diintegrasikan dengan sistem rekod akademik. Rekod staf PBP kini boleh dicari (search) melalui laman HBPSentral. Pelajar juga boleh meneliti gred kerjakursus masing-masing melalui laman ini. Sistem KAiSEL (Kamus Istilah Elektronik) juga telah dipindah ke web supaya seluruh dunia boleh menjalankan pencarian secara online.
Hasil Penyelidikan dan Perundingan - Ramai pensyarah telah menyediakan abstrak penyelidikan mereka serta menerbitkan kertaskerja seminar dan persidangan supaya lebih ramai orang dapat menerima manfaat dari hasil penyelidikan. Laman R & D and Consultancy Services untuk melaporkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan perundingan telah dibangunkan dibawah naungan Jawatankuasa Penyelidikan PBP. Senarai tesis ijazah lanjutan di PBP juga telah dimasukkan dalam pangkalan data dan diterbitkan sebagai kerjasama di antara Jawatankuasa Penyelidikan dan Jawatankuasa Pusat Sumber. Projek perundingan juga telah membawa faedah ilmu dengan beberapa penerbitan yang juga boleh diperolehi melalui web PBP.
Kelab pelajar - Di PBP, kami memberi peluang kepada pelajar menjelajahi dunia di luar bilik kuliah ("to reach beyond the classroom", WanB) untuk mendapat pendidikan dan pengalaman yang luas. Kelab Seni Bina telah berjaya membuat suatu persembahan multimedia mengandungi kerja-kerja pelajar di PBP. Produk ini boleh diperolehi melalui laman ArchiClub. IT Club dengan laman web sendiri akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk memberi peluang kepada semua pelajar PBP melanjutkan dan menunjukkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang IT.
Pensyarah-pensyarah PBP digalakkan untuk membangunkan laman web berdasarkan minat pengajian masing-masing (misalnya CAD, ventilation, methods, conservation, tourism, fire safety, malay architecture, dll). Pada peringkat ini, mereka juga guna laman web yang sama untuk mengendalikan kursus-kursus yang diajar oleh mereka.

Di peringkat berikut, perhatian akan diberi kepada pembangunan yang tersusun mengikut tajuk atau bidang. Misalnya, beberapa pensyarah boleh berkerjasama untuk membangunkan laman web untuk Kaedah Analysis Perancangan dengan menitikberatkan penggunaan IT (seperti spreadsyit elektronik dan GIS) dalam analisis. Laman web seperti ini akan dibangunkan sebagai e-buku yang boleh diguna oleh pensyarah lain (di seluruh dunia).

petikan dari http://www.hbp.usm.my/kualiti/PenggunaanLamanWeb.htm